Memilih Pasangan Soleh
Dalam memilih ataupun mencari pasangan yang
soleh, kita harus menimbangkan beberapa aspek-aspek dalam diri kita.
Terutamanya daya dan cara pemikiran, peraturan hidup dan matlamat yang jelas
kerana dengan menimbangkan perkara-perkara sebegini ia akan dapat meringankan
dan menjadikan komunikasi diantaranya bersependapat dan sesuai.
Terlebih dahulu, kita seharusnya juga
bermuhasabah diri. Iaitu melihat dahulu kebolehan amalan dan pemikiran kita
sendiri. Allah (swt) telah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud
“Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik, dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik”. Disini Allah
(swt) telah menjanjikan kita kebaikan dan kebahagiaan untuk sesama sendiri.
Ada diantara soalan yang diajukan seperti, yang
mana satukah harus diutamakan diantara kelahiran cinta ataupun memandangkan
ciri-ciri solehnya? Jika mengikut hati manusia, apabila jatuh cinta semuanya
indah belaka… dikatakan “love is blind”… namun yang harus dipertimbangkan
adalah sifat-sifat ciri kewanitaan… iaitu ciri-ciri wanita solehah.
Antara dasar-dasar/ciri-ciri wanita solehah ialah:
Ø
Dari keturunan yang baik
¶
dari penyelidikan sains, wanita yang dari keturunan
yang baik dapat melahiran zuriat yang baik-baik belaka
¶
dari keturunan yang baik, wanita itu akan
berpesonaliti dan berkelakuan yang baik-baik
¶
dari pandangan umum, keluarga yang baik
bergaul dengan orang-orang yang baik
¶
kawasan yang baik juga memainkan peranan
kepada wanita itu, kerana ia membentuk cara pemikiran dan cara kehidupan wanita
itu
Ø
Cinta kepada agama
¶
mempunyai sifat taqwa
¶
mempunyai sifat sayangkan agama
¶
sifat tidak kuat berbelanja, wanita yang tidak
kuat belanja sayang kepada agamanya.
Wanita yang sifat kuat berbelanja hanya sayang kepada dunia dan tidak
pada akhirat
Ø
Sayang kepada anak kecil
¶
perasaan sayang kepada anak kecil memaparkan
sifat jiwa yang lemah lembut
¶
memaparkan kelembutan dan keprihatinan
mendidik dan membesarkan anak dengan sempurna
¶
dengan kelembutan wanita itu ia dapat menjaga
dengan baik benih yang tertanam didalam dirinya
Ø
Pandai menjaga amanah/maruah suami
¶
wanita yang amanah boleh menjaga hak harta
suaminya. Dari segi harta kekayaan
mahupun diri sendiri ketika ketiadaan suaminya itu
¶
memaparkan isteri yang taat kepada suami dan
perintah agama
Ø
Wajah yang tenteram
¶
wajah yang menyejukkan hati seorang suami
¶
perasaan sayang dan kasih diseri mukanya
Ø
Wanita yang sihat fizikal
¶
wanita itu dapat memberikan zuriat yang
banyak, hadith yang bermaksud “kahwinilah wanita wanita yang boleh melahirkan
anak ramai dan yang bersifat manja dan yang sering berusaha untuk mencari kasih
sayang suaminya”
¶
ada hadith yang menyatakan “…sesungguhnya
Allah (swt) menjadikan sesuatu yang cantik maka pilihlah untukmu yang cantik
dari pandangan matamu sendiri…”
Ø
Digalakkan menikahi anak dara
¶
nabi menggalakkan bernikah dengan anak dara
melainkan ada sebab-sebab yang tertentu seperti menikahi seorang janda kerana
hendak membantunya dan sebagainya
Dasar ataupun ciri lelaki
soleh:
Ø
Bersifat taqwa
Ø
Berpegang kuat dan cinta kepada agama
¶
hormat kepada agama dan hindari larangannya
Ø
Punyai akhlak yang baik
¶
akhlak yang baik menunjukkan dia datang dari
keluarga dan pergaulan yang baik
Sebaik-baiknya, carilah pasangan yang khufuk
(setaraf) denganmu mahupun dari segi akal fikiran, fizikal, kebiasaan,
keluarga, minat dan keturunan kerana itulah yang digalakkan dalam Islam.
[Petikan hadith-hadith dari Al-Bukhari dan
Muslim dan Siti Aisya (ra)]
1.
“Diantara wanita cantik dan wanita tidak cantik tapi beragama kuat…
pilihlah yang beragama kuat kerana ia amatlah penting bagi kamu berdua…”
2.
“Wanita yang mengembirakan, taat, berbuat baik dan bila ditinggalkan
suami akan menjaga hak suami dan bersikap amanah adalah wanita solehah…”
3.
“Wanita yang lembut hati dan jiwanya dan cinta kepada anak kecil dan
agama akan memelihara dan melakukan perintah suaminya dengan kelembutan…”
4.
“Wanita yang manja dan yang ramai beranak pinak dicintai oleh Allah
(swt), kerana ia adalah satu kelakuan jihad (melahirkan anak) baginya…”
5.
“Amat penting bagi ibu/bapa memilih untuk anaknya pasangan yang baik”
6.
“Kahwinkanlah anakmu dengan lelaki yang cinta dan taat kepada agama
Allah (swt) kerana sekiranya dia tidak menyintai anakmu dia tidak akan berani
menganiaya anakmu oleh kerana kewajipan dan ketaatannya kepada agama…”
« Fakta yang diketengahkan berasas dari rujukan buku Fiqhul Sunnah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar