MENUTUP AURAT
Assalamualaikum..
Salah satu perkara wajib yang di
perintakkan oleh Allah SWT kepada para hamba-Nya adalah menutup
aurat. Kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan
solat, puasa, zakat dan haji. Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah
al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim
yang telah sampai akil baligh.
Ramai wanita muslim hari ini tidak
mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di
antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang
berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.
Islam tidak melarang jika sekiranya
wanita muslim ingin menggunakan fashion terkini di zaman modern ini tetapi
pakaian tersebut biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan
reka bentuk pakaian tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan
tapak tangan , tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.Corak dan
warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya
tarikan kepada orang yang melihatnya.
Jika syarat-syarat tersebut di
patuhi maka tidak menjadi masaalah wanita muslimah menampilkan diri dengan
pakaian yang memenuhi cita rasa semasa pada masa yang sama tidak bercangah
dengan syariat Islam.
Untuk perbincangan lebih lanjut
mengenai aurat wanita perlulah di jelaskan di sisi beberapa kesilapan wanita
tentang aurat supaya kita dapat mencari kesilapan tersebut dan dapat di
perbaikinya.
Terdapat beberapa kesilapan
wanita tentang aurat :
Pertama : Wanita menganggap
aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kedua : Bertudung tetapi ber'
T-Shirt' berlengan pendek.
Ketiga : Bertudung tetapi baju
kebarungnya terbelah kainnya.
Keempat : Bertudung tetapi bajunya
sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah
‘menggoda'.
Kelima : Bertudung tetapi amat
longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Keenam : Bertudung tetapi hanya
memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya
dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Kelapan : Bertudung tetapi dengan
tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan
dadanya.
Kesembilan : Kesalahan bertudung
tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Kesepuluh : Memakai baju kurung
tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan.
Kesemua jenis berpakaian yang
disebut di atas adalah diharamkan secara sepakat seluruh ulama Islam.
Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mukminah, dimana mereka
dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya
disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut
(sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan
perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan
kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan
yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Wassalamualaikum ..